Terma dan Bayaran Balik
Dikemas kini 14 Oktober 2026
Bayaran balik penuh dalam 7 hari. Jika Anak NaikGred tidak sesuai untuk keluarga anda, mohon bayaran balik dalam masa 7 hari selepas membayar. Anda tidak perlu memberikan sebab.
Perkhidmatan
Anak NaikGred membolehkan ibu bapa melihat kemajuan anak dalam Sains, Matematik dan Sejarah KSSM, Tingkatan 1 hingga 5. Anak bermain bab demi bab dan markah setiap bab direkodkan untuk ibu bapa. Akaun percuma meliputi seorang anak dan Bab 1 bagi setiap subjek dan tingkatan. Bab lain dan anak kedua hingga kelima memerlukan langganan keluarga.
Harga
- Harga Early Bird: RM32 setahun untuk bayaran yang dibuat sebelum 1 Januari 2027.
- Mulai 1 Januari 2027: RM59 setahun untuk pelanggan baharu.
- Pelanggan harga Early Bird kekal membayar RM32 setiap tahun, selagi langganan disambung dalam masa 30 hari selepas tamat.
- Satu langganan meliputi satu akaun keluarga, sehingga 5 anak dan ketiga-tiga subjek.
Bayaran dan tempoh langganan
- Bayaran diproses oleh toyyibPay melalui FPX. Caj FPX RM1 ditambah oleh toyyibPay di halaman bayaran.
- Langganan diaktifkan secara automatik sebaik bayaran disahkan. Resit dihantar ke e-mel anda.
- Setiap bayaran memberi akses selama 365 hari. Tiada pembaharuan automatik, jadi anda tidak akan dicaj lagi tanpa membuat bayaran baharu sendiri.
- Langganan dibayar di Anak NaikGred Sains. Log masuk dengan e-mel yang sama di Matematik dan Sejarah untuk membuka akses di sana.
- Jika akses belum aktif dalam masa 1 jam selepas bayaran berjaya, hubungi kami dengan nombor rujukan bayaran.
Bayaran balik
- Bayaran balik penuh boleh diminta dalam masa 7 hari selepas tarikh bayaran, tanpa perlu memberikan sebab.
- Cara memohon: WhatsApp atau e-mel kami dengan e-mel akaun dan nombor rujukan bayaran.
- Wang dipulangkan ke akaun bank anda dalam masa 14 hari bekerja selepas permintaan diterima. Caj FPX RM1 yang dikenakan pihak ketiga tidak dipulangkan.
- Akses keluarga ditamatkan apabila bayaran balik dibuat.
- Selepas 7 hari, bayaran tidak dipulangkan. Akses kekal aktif sehingga tarikh tamat.
Penggunaan akaun
- Akaun ini untuk keluarga anda sahaja. Jangan berkongsi kata laluan dengan keluarga lain.
- Soalan, rajah dan reka bentuk aplikasi tidak boleh disalin atau dijual semula.
- Kami berhak menggantung akaun yang melanggar terma ini. Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel terlebih dahulu, kecuali jika keadaan memerlukan tindakan segera.
Had tanggungjawab
TP yang dijana ialah alat bantu untuk ibu bapa dan bukan pengganti pentaksiran rasmi sekolah. Kami berusaha memastikan aplikasi sentiasa berfungsi, tetapi tidak menjamin ia bebas daripada gangguan.
Data peribadi
Cara kami mengurus data anda dan data anak diterangkan dalam Dasar Privasi.
Hubungi kami
- WhatsApp: 010-664 0353
- E-mel: belajarkilatofficial@gmail.com
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.