Dasar Privasi
Dikemas kini 18 Oktober 2026
Anak NaikGred ialah perkhidmatan untuk ibu bapa, dibangunkan oleh BelajarKilat. Halaman ini menerangkan data yang kami kumpulkan, sebab kami mengumpulnya dan cara kami melindunginya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data ibu bapa
- Nama dan alamat e-mel yang anda gunakan semasa mendaftar.
- Rekod bayaran, iaitu nombor rujukan, jumlah dan tarikh. Kami tidak menerima atau menyimpan butiran bank atau kad anda. Bayaran diproses oleh toyyibPay.
Data anak
- Nama anak (anda boleh menggunakan nama panggilan) dan tingkatan.
- Kod kelas dan PIN 4 digit yang dijana untuk anak melog masuk.
- Jawapan, markah dan tahap penguasaan (TP) bagi setiap bab.
- Kami tidak mengumpul e-mel, nombor telefon, lokasi atau gambar anak.
- Data anak hanya dipaparkan dalam akaun ibu bapa yang menambah anak itu.
Persetujuan
Anda sebagai ibu bapa atau penjaga yang menambah anak ke dalam akaun anda. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju data anak diproses seperti yang diterangkan dalam halaman ini. Jangan menambah kanak-kanak yang bukan di bawah jagaan anda.
Tujuan penggunaan
- Membolehkan anak bermain dan ibu bapa melihat kemajuan.
- Merekod dan melaporkan markah setiap bab kepada ibu bapa.
- Menghantar e-mel berkaitan akaun, seperti menukar kata laluan atau resit bayaran.
Kiraan penggunaan tanpa nama
Kami menyimpan kiraan tanpa nama, seperti aplikasi dibuka, hentian dilepasi dan ralat teknikal. Kiraan ini tidak mengandungi nama atau e-mel dan digunakan hanya untuk memastikan aplikasi berfungsi.
Penyimpanan dan perkongsian
Kami tidak menjual atau menyewakan data kepada pihak ketiga. Data disimpan dalam pangkalan data Supabase dengan kawalan akses. Anak NaikGred menggunakan tiga aplikasi, iaitu Jejak TP Sains, Matematik dan Sejarah, dan data anak disimpan secara berasingan dalam setiap aplikasi. Aplikasi disediakan melalui GitHub Pages dan bayaran melalui toyyibPay.
Iklan dan pengukuran
Halaman pengenalan (landing) menggunakan Meta Pixel untuk mengukur keberkesanan iklan kami di Facebook dan Instagram. Pixel merekod lawatan, klik ke aplikasi dan bayaran yang berjaya, tetapi tidak menerima nama, e-mel atau data murid. Pixel tidak dimuatkan semasa murid bermain; dalam aplikasi, ia hanya dimuatkan pada saat bayaran guru atau ibu bapa disahkan. Anda boleh mengurus iklan yang dipaparkan kepada anda melalui tetapan iklan akaun Facebook atau Instagram anda.
Planner Guru 2027 (naikgred.com/planner)
- Nama, sekolah, subjek dan kelas yang guru isi untuk kulit planner dimasukkan ke dalam PDF di peranti guru sendiri. Maklumat ini tidak dihantar kepada kami.
- Jika guru menanda kotak wallpaper bulanan, kami menyimpan e-mel, nama dan sekolah yang diisi, gaya planner yang dipilih dan masa persetujuan. Data ini digunakan hanya untuk menghantar wallpaper bulanan, peringatan tarikh penting dan kemas kini planner.
- Guru boleh berhenti menerima e-mel ini bila-bila masa dengan membalas e-mel tersebut atau menghubungi kami di bawah, dan data langganan akan dipadam.
- Kami juga merekod kiraan tanpa nama, iaitu lawatan dan muat turun planner, tanpa nama atau e-mel.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda dan data anak anda. Anda juga boleh memadam seorang anak sendiri melalui butang "Padam anak" dalam aplikasi. Untuk memadam seluruh akaun, e-mel kami dengan alamat e-mel akaun itu. Kami memproses permintaan dalam masa 14 hari bekerja.
Hubungi kami
- WhatsApp: 010-664 0353
- E-mel: belajarkilatofficial@gmail.com