NaikGred Jejak TP Sains Daftar perintis
PBD Sains KSSM · Tingkatan 3

TP murid siap sebelum loceng berbunyi.

Murid main 15 minit, dan Jejak TP Sains terus rekod TP1 hingga TP6 setiap murid ikut Standard Prestasi DSKP. Cikgu cuma semak, lepas tu eksport.

Bab 1–3 percuma Import senarai APDM / Excel Tak perlu pasang apa-apa
Cikgu, cuba jadi murid sekejap ↓
Tengok 60 saat

Dari telefon murid ke SPPB cikgu.

Rakaman sebenar app, bukan animasi. Ini yang cikgu dan murid nampak:

  1. Murid main di telefon. Setiap hentian uji satu TP. Jawab betul berturut-turut, kombo naik.
  2. Soalan bos dan bintang. Hentian lulus, TP terus direkod.
  3. Cikgu nampak TP setiap murid, lengkap dengan ulasan PBD yang boleh disunting.
  4. Satu tekan, eksport ikut susunan SPPB.
Cara guna

Tiga langkah je. Siap dalam satu waktu PdP.

Ini bukan kuiz biasa. Setiap bab ada enam hentian, dan setiap hentian uji satu Tahap Penguasaan.

LANGKAH 1

Masukkan senarai kelas sekali je

Muat naik senarai nama dari APDM atau Excel. Kod kelas dan PIN setiap murid keluar serentak, siap dengan slip PIN untuk dicetak.

Lebih kurang 5 minit, sekali setahun
LANGKAH 2

Murid main guna apa-apa peranti

Telefon, tablet atau komputer makmal pun boleh. Murid masuk guna kod kelas, pilih nama, taip PIN, lepas tu naik tangga TP1 sampai TP6.

15–20 minit setiap bab
LANGKAH 3

TP terus direkod

Papan cikgu tunjuk TP setiap murid, siapa yang belum main, dan ulasan automatik. TP6 tetap cikgu yang tentukan.

Eksport ikut susunan SPPB
3 Bestari · Sains32 murid · dikemas kini 2 minit tadi
Eksport CSV (SPPB)
#Murid1.0 Rangsangan2.0 Respirasi3.0 Pengangkutan
Contoh paparan · nama rekaan

Satu skrin, seluruh kelas

Terus nampak siapa masih di TP2 dan siapa dah capai TP5, bab demi bab.

Kata demi kata daripada DSKP

Setiap TP dipadankan dengan Standard Prestasi rasmi. Ulasan murid dijana automatik, dan cikgu boleh ubah.

Data murid kekal milik cikgu

Cikgu cuma nampak kelas sendiri. Murid guna nama dan PIN je, tak perlu e-mel atau nombor IC.

Cubaan pertama tak boleh ditindih

Jadi TP yang direkod ialah penguasaan sebenar, bukan markah lepas murid cuba sepuluh kali.

Kira sendiri

Berapa jam cikgu habiskan untuk PBD setahun?

Ni anggaran kasar je. Ubah angka ikut kelas cikgu sendiri.

Termasuk sediakan instrumen, tanda jawapan dan isi rekod.
Cara manual
Jejak TP
Jimat 0 jam setahun

Dengan Jejak TP pun cikgu masih kena semak, tapi cuma lebih kurang 10 minit untuk setiap kelas bagi setiap bab.

Harga

Mula percuma. Bayar bila cikgu yakin.

Hari ni tak perlu bayar apa-apa. Caj mula awal sesi 2027, dan cikgu perintis kekal RM23 setahun.

Percuma

RM0 selama-lamanya
  • Bab 1.0, 2.0 dan 3.0
  • Satu kelas
  • Papan TP dan laporan asas
Mula sekarang
500 cikgu pertama

Penuh · Sains T3

RM23 setahun
  • Kesemua 10 bab Tingkatan 3
  • Kelas tanpa had
  • Eksport ikut susunan SPPB
  • Ulasan PBD setiap murid, boleh disunting
  • Harga perintis kekal selagi cikgu melanggan
Kunci RM23 sekarang

Panitia Sains sekolah

RM300–500 setahun
  • Semua cikgu Sains dalam satu sekolah
  • Paparan khas untuk ketua panitia
  • Invois untuk pihak sekolah

Dibuka tahun 2027. Kalau berminat, isi borang perintis dulu.

Tingkatan: T1 · akan datang T2 · akan datang T3 · sedia T4 · akan datang T5 · akan datang
Cikgu perintis

500 tempat je. Harga RM23, kekal.

Daftar hari ni, terus guna Bab 1–3 secara percuma. Cikgu cuma bayar RM23 setahun bila caj mula pada 2027.

/ 500 tempat dah diambil
Memuatkan…
  • Tak perlu kad bank, tak perlu bayar hari ni
  • Bab 4–10 dibuka untuk perintis sebaik sahaja semakan guru selesai
  • Cikgu antara yang pertama tahu bila T1, T2, T4 dan T5 siap
Cikgu ajar Sains tingkatan berapa?
Soalan lazim

Yang selalu cikgu tanya

Ni ganti idMe ke?

Tak. Rekod TP rasmi masih diisi dalam idMe. Jejak TP Sains buat pentaksiran dan susun keputusan ikut susunan SPPB, jadi cikgu boleh isi idMe dengan lebih cepat.

Murid kena ada telefon sendiri ke?

Tak semestinya. Apa-apa peranti yang ada pelayar web boleh guna: telefon, tablet atau komputer makmal. Murid boleh bergilir sebab setiap murid masuk guna nama dan PIN sendiri.

Data murid selamat tak?

Murid cuma guna nama dan PIN 4 nombor. Tak ada e-mel, nombor IC atau gambar. Setiap cikgu hanya boleh tengok kelas sendiri.

Siapa yang tulis soalan?

Setiap bab dibina berdasarkan DSKP KSSM Sains Tingkatan 3 dan disemak oleh cikgu Sains yang masih mengajar. Bab 4–10 sedang disemak oleh guru perintis sebelum dibuka.

Bila saya kena bayar?

Belum lagi. Caj mula awal sesi persekolahan 2027. Kami akan maklumkan cikgu perintis melalui e-mel dulu, dan cikgu boleh terus guna pakej percuma kalau tak nak naik taraf.

Ada untuk tingkatan lain tak?

Tingkatan 3 dah sedia. Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 masih dalam perancangan. Tanda tingkatan yang cikgu ajar dalam borang, dan kami akan bina ikut permintaan paling ramai.